Khamis, 13 Ogos 2009

♥ al-fatihah ♥





Al-Fatihah kepada ustaz asri atau nama sebenar Mohamad Asri Bin Ibrahim, Dilahirkan pada 3/8/1969,Kelang Selangor (Ketua Kumpulan Rabbani) yang telah menghembuskan nafaz terakhir di hospital pantai jam 11 pagi akibat serangan jantung..sama-sama la kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat...sedih lak rasa....dah nak dekat puasa...selalunya bila takbir raya mesti terdengar suara mersik dari dia....semoga anak dan istrinya tabah menerima ujian allah..
ya allah tempatkan dia disisi orang-orang yang beriman... amin...
Al-Fatihah



Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan Sejahtera, bahagia pulang...
kesana...
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
✿~✿~✿. Template Design By: SkinCorner