Sabtu, 26 November 2011

♥ Salam Maal Hijrah ♥


Allah telah berfirman:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Orang yg berhijrah ialah org yg meninggalkan apa-apa yg dilarang oleh Allah.


DOA AKHIR TAHUN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.
Segala puji itu bagi Allah. Tuhan Pentadbir Seluruh Alam.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera,
Atas Junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W
serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian..

Ya Allah Wahai Tuhan Kami,
perkara-perkara yang telah kami lakukan,
daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini,
maka kami belum bertaubat daripadanya,
padahal Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya
(Tuhan tiada sifat lupa)
dan Engkau berlembut, tidak mengazabkan kami,
malah memberi peluang supaya kami bertaubat,
selepas kami menceburkan diri, melaukan maksiat itu.
Maka kami sekalian memohon keampunanmu..

Ya Allah,
Ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan,
sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan
yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.

Maka kami memohon diperkenankan akan perbuatan
(amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan
Engkau tidak menghampakan harapan kami.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah

Khamis, 24 November 2011

♥ wanita ♥



Wahai wanita tidak Bertudung...Sungguh cantik alunan rambut mu, Bebas menggerbang kemas terikat, Terserlah di bawah cahaya mentari, Mentari dunia yang tak sehebat NERAKA, Iaitu api yang kan membakar rambut mu, di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya, hilanglah cantik alun rambut mu, tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung, Sungguh cantik alas kepala mu, Ringkas pendek tersempang rapi, Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh, Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat, Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar, Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar, Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung, Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung..bertudung labuh menutup dada

Wahai wanita bertudung, Sungguh cantik terlindung rambut mu, Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu, Yang terzahir jelas gaya kesopananmu, Mengaburi segala yang tersirat di hati, hanya diri sendiri yang menghakimi, mungkin suci ikhlas kerana Ilahi, atau berdebu dengan sebab duniawi, riak wajah nampak tawadhu’, riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk, alangkah ruginya andai benar begitu, kerna azab masih tak terlepas dari mu, serupalah sahaja diri mu ditunggu, diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung, sama dengan mereka yang menyempang tudung, oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung, bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa..

Wahai wanita yang bertaqwa, Andai kau telah sampai ke tahap ini, Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati, Syariat islam sebati dalam diri, Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya, Yang dijanjikan di akhirat nanti, Dan tatkala di dunia ini lagi, Muslimah solehah kau digelari, Menjadi idaman setiap muslim soleh, Yang sukar sekali untuk diperolehi..

Wahai muslimah solehah pula, Jadilah mukminah mujahidah, Mujahidah yang akan menyeru, Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu, Mujahidah yang akan berdakwah, Agar diri dan umat berubah, Mujahidah yang akan mengajak, Agar islam kembali tertegak.

Renungkanlah..kita tergolong dlm golongan yg mana..wahai muslimah2 yg

kusayangi..marilah kita bermuhasabah..


 
✿~✿~✿. Template Design By: SkinCorner