Rabu, 17 Jun 2009

♥ n0bEl ringkas ♥



01.01.05, Amannya aku di desa tercinta, angin sepoi-sepoi bahasa, damai bayu menyapa muka, segarnya..kicauan unggas, beburung menghiburkan lagi suasana, subur bebunga di laman rumah menyerikan lagi buana, tenang ku rasa, keriangan suara kanak-kanak menghidupkan lagi ceria di desa, ketenangannya melupakan aku seketika hiruk pikuk dikota. Baru sepurnama aku di sana, namun terasa begitu lama..pelbagai perubahan berlaku tikaku tiada, rindunya tak kira pada keluarga, yang pastinya aku kini berada disisi mereka. Asyik dengan ketenangan, aku mula di buai khayalan, angin tempias di pipi membawa aku ke pintu sepi. Aku mula mengimbas kembali apa yang telah terjadi. Walau baru seketika aku dikota, namun kenangannya mengusik jiwa, tak mungkin kan dilupa.. Aku terus terleka, makin hanyut dibawa angin bisa ke lubuk binasa, terpukau aku pada peristiwa pertama 03.12.2004. Tarikh yang dah tertanam dalam laman jiwa, disitulah bermula episod segala rasa yang membawa aku kenal erti suka dan duka kehidupan didunia sementara, yang dikelilingi halangan dan duri berbisa. Tawa tika hati suka, dan tangis tika hati terluka lumrah dalam rasa cinta. Dalam berjaga-jaga, terheret juga aku ke pintu lumrahnya. Sempurna…terlalu sempurna dia, tarikan yang aku sendiri tak tau puncanya dimana? mengapa? dan kenapa?. Mungkin dia terlalu ceria, hingga membawa aku kealam bahagia dengan tingkahnya ,terlupa aku pada perkara yang menyengat jiwa, kepada perkara yang mendebit dada, hanya kerana tawanya..hanya kerana senyumnya..hanya kerana sikapnya..hanya kerana telatahnya..mengubah segala suasana, yang dulunya siang tak bercahaya, malam gelap gelita, berubah menjadi warna-warna ceria bak pelangi di singgahsana, terlalu istimewa dia di mata, tak tergambar dek kata-kata, walaupun baru di pertemuan kali pertama..sungguh bahagiaku disisinya. Entah mengapa terlalu mudah dia berjaya membawa aku kealamnya, menarik aku untuk terus mengenalinya, aku sendiri masih mencari punca, mengapa tiba-tiba perasaan sebegitu rupa, mengapa tiba-tiba aku ternanti-nantikan kehadirannya, tertanya-tanya…kenapa? Mengapa? terjadi tak ku duga!! tak ku pinta!! Keajaiban benar-benar menjelma,bukan lagi dialam maya!! Sejak itu, aku mula menunggu, aku mula belajar merindu, setiap saat wajahnya membayangi mata hatiku, dalam jaga, dalam tidur, hanya dia yang muncul.. Aku mula bermonolog sendirian, bercakap tak berteman.. “Apakah yang harus terluah dibibir ini, perlu kah aku luahkan isi hati, lain pula tanggapan dia terhadapku seketika nanti…Ya Tuhan berikan lah jawapan..” kerana hati benar dibayangi…aku cuba tekadkan diri… Berkali-kali ku cuba mengarang kata-kata, tapi tetap tak cukup sempurna. Dari terbit sinar mentari pagi hingga berlabuh tirai malam sepi. Tapi tak satu jua pun yang menjadi…takut terlalu takut untuk teruskan niat ini…tapi hati terus mendesak diri…tak tertunai sebak dinaluri…Ya Allah dugaan apakah ini… Tarikh 21.12.04 aku nekad beranikan diri, bermula dengan cara tersendiri. Terketar-ketar jari jemari, berdebar-debar rasa hati.. Tuttut!! Tuttut!! “Handfhone mula berbunyi..adakah mimpi mungkin kan jadi reality..” Tarikh 22.12.04 jam 7.46 malam satu pesanan ringkas kuterima… “ Hargailah sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan, kenangilah sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan, hargailah kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Allah SWT”. Berkali-kali aku menghayati puisi tertera ini…hanya tuhan yang tau betapa gembiranya aku saat ini…segala yang membebani diri selama ini,seolah –olah jauh pergi di pukul ombak berduri…amat tenang hati ku rasai… Saat ceria mula melanda jiwa, pelbagai puisi tercipta untuknya … “Malam berlumpur keluh kesah, surut mencari arah, mampukah ia berubah, menjadi malam yang indah, bertanya aku pada diri, terpaku ia melayan sayu hati, lalu terbit sinar pelangi, mewarnai malam ku ini, bertanya pula pada jiwa, pelangi itukah cahaya, mengapa baru menjelma, sedangkan hidup kian gelita, kaulah cahaya pelangi itu, memancar tika ku perlu, sinarmu menerangi hidupku, memancarlah hingga akhir hayatku..” Ku hadiahkan padanya kata-kata puisi, yang sendiri tercipta dalam inspirasi. Hingga larut malam aku melayan perasaan, sanggup menahan mata dari terpejam, agungnya cahaya kini menerangi kehidupan, 23.12.04 seawal jam 6.00 pagi handfhone berbunyi, aku pantaskan jari memancing kembali, sekali lagi berbunyi, belum sempat ku angkat di letak sepantas kilat. Seketika kemudian berbunyi lagi peneman setia, “kali ni sms pula”, tertawa aku membaca kata-katanya..salah orang agaknya, Ku ulangi bacaan sekali lagi, eh betul la ni.. Berguraukah dia? Tapi tak kan lah.. Seawal pagi ditempat kerja, bertembung aku dan dia tapi seolah-olah tidak berlaku apa-apa, aku cuma tertawa gembira melihatnya tersenyum mesra. Malam 23.12.04 sekali lagi aku beranikan diri menghantar sms, “lain pulak bunyi sms dia kali ini” Dia minta dihubungi, semakin memberanikan diri, aku mendail dengan debaran hati. “Hello assalamualaikum” lunak suaranya melupakan aku pada apa yang nak dicerita, semakin laju degupan ku rasa, namun ku kawal supaya tak terkelu lidah untuk berbicara. Hanyut aku dibuai dilema, dibuai suara manjanya yang menusuk ke naluri cinta, tak sanggup rasanya untuk berhenti berbicara, terlalu banyak lagi cerita yang nak ku dengar darinya. Namun aku terpaksa, 25.12.04 tarikh yang sepatutnya aku bersama menemaninya ke tempat yang istimewa, namun hasrat ku dan dia terhalang oleh peristiwa yang tak terduga.. namun tak menghalang aku dan dia dari terus bersama. Malam muncul jua, seperti sebelumnya peneman setia mula menjadi mangsa, hingga lewat malam aku masih bersamanya walau bukan bertentang mata, tetap sama bergurindam jiwa…berulang kali ku baca semua sms yang kuterima… Bersyukur..terlalu bersyukur daku kepada Yang Maha Esa.. kebahagiaan benar-benar menjelma, membawa beribu makna, Namun begitu….Ia tak seperti yang dijangka…. ia tak kekal lama..kebahagian yang memancar sirna warna..kini hilang…hilang dek hujan petang..panas tak berselang, keindahan tak mungkin lagi berulang!! Sejak pagi 25.12.04 dia tak lagi menemani seperti sebelum ini, puas ku karang puisi namun dia sedikit pun tak tergoyah hati, akalku mula mati, langkahku mula terhenti, sumber inspirasi menyepi kini, terkilan hati dengan perubahan yang terjadi…tiada lagi airmata nak ku tangisi…”kepayahan diriku..memenuhi pintamu..pernahkah dihatimu..mengagumi teguh cintaku..ku redahkan halangan kerna menyanyangimu..demi setia pada mu terkorban jiwaku..masihkah ada ruang dihatimu..bagi menagih rinduku..biar kini kita pun tau ada penghuni dalam kamar hatiku…” terlagu sayu di telingaku…meratapi hati pilu…menagisi sebak sendu… Ya Allah mengapa ini berlaku padaku… ************************************************************************* Tuttut, tuttut, bunyi yang menghentikan aku daripada terus hanyut ke telaga lebur…Lamunanku terus kabur, seolah-olah terjaga dari tidur, aku tersentak seketika…mengucap sebanyak yang ada…Ya Allah mengapa kukenang lagi pekara yang dah pun terjadi…mengapa harus lagi aku tengisi jawapan yang sudah pasti…terpinga aku dikamar sepi tak terasa airmata mengalir dipipi..sebaknya hanya Yang Esa Maha Mengetahui…Aku terus menggapai handfhone yang sentiasa menjadi teman di sisi Satu pesanan ringkas untuk dibaca!!!Kalau bukan kerana ia mungkin aku terus hanyut dalam arus imbasan duka… Ya Allah…pantas aku menggosok mata, takut kalau terlalu asyik sangat terleka hingga terbawa-bawa ke alam nyata. Namun apa yang ku lihat bukan lah igauan tapi satu kenyataan. Jam didinding menunjukkan tepat 2.30 petang, pantas ku tekan butang handfhone lalu mula menghayati dengan tekun. “Assalamualaikum, selamat tahun baru, dengan peningkatan umur yang baru, pasti mempunyai azam baru, oleh itu yang dah berlalu biarkan ia pergi dan sebagai iktibar kepada diri. Keputusan dan keyakinan bergantung pada dirimu, memerlukan ketenangan perlukan seseorang disamping dan juga balik kepada Allah Yang Maha Esa. Kerana semua keputusan ada ditanggannya” Begitulah kata-kata yang terpapar dalam screen berkaca peneman setia!! Berkali-kali ku baca, namun masih tak puas rasanya. Agak terkilan hati membaca kata-katanya, Seolah-olah sengaja dia menyiram cuka diluka yang sedia ada…pantas jari jemari ku membalas semula.. ” Keazaman apa yang boleh saya semat, Ketenangan apa yang boleh saya dapat, orang yang berkata tak seperti orang yang merasa, hidup umpama patung bernyawa, hakikatnya dah tak berdaya, apa guna belayar jika tiada haluan, apa guna hidup jika tiada impian..” ku tunggu seketika masa, namun tiada lagi jawapan darinya, membisu begitu saja…berteman lagi aku bersama airmata…kesal hati tak terkira… Kehidupan ku berubah warna, tiada apa lagi yang bermakna..tiada guna rasanya aku kembali ke kota..kerana ku tahu semangat tiada lagi bersama…Terlalu besar luka yang terguris di sudut jiwa…Dalam sayu terbuai aku dengan dendangan shahdu.. “Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu..kisah yang lalu tak akan berulang lagi..lupakan saja cerita lama usah dirayu pada yang tak sudi..janganlah dinanti pada yang telah pergi hanya luka lama kan berdarah kembali..ku di kecewa tidak terkata mengapakah itu disebut lagi…apalah yang hendak dikata sudah suratan takdir menentukan..ooo ini lah ragam manusia manis dibibir pandai bemain lidah..berputar- putar membelitkan kata-kata ..hanya linangan airmata yang menitis pada bayangan diangin lalu membisik kan kata rindu bayangan…” Dendangan seolah-olah mengerti akan bingkisan hati ini…semakin dalam luka yang kurasai…Ku cuba untuk terus berdiri…melawan sayu hati…ku cuba terus berjalan dalam luka masih berkuman…ku cuba hanyutkan jauh dia dari fikiran namun makin kuat bayangan menghantui kehidupan…Berdoa ku pada Tuhan agar tunjukkan lah aku jalan…teguhkan lah aku keyakinan…tetapkanlah aku pendirian…Agungnya kuasa tuhan mampu aku terus berjalan walau masih diekori bayangan… Dia kutanam jauh dalam lipatan hati..Biar menjadi semangat hidup ini..Namun yang tak disangka menjelma tiba.. 14.02.2005 membawa aku semula kealam bahaya…aku bagai terpukau dengan alun suaranya..renungan matanya…dalam sedar aku masih lagi ingin bersandar pada cinta yang kuharapkan mekar namun sebenarnya pudar…kerana hati gelap gelita…ku biarkan lilin dinyala walau hati pernah terluka oleh dia namun ku sambut mesra kerna kasihku masih segar dalam lipatan jiwa…hari yang amat bermakna…satu ucapan khas dari nya ku terima…ku khayal seketika…melewati lembut genggaman tangannya…bahagia terlalu dalam kurasa…Biar terfikir jua…kenapa aku sebegini rupa..sudahku tahu dia berpunya..namun masih jua ingin ku bersamanya… Mungkin kerana kasih yang membara menutup semua sengketa..melupakan aku pada siapa dia sebenarnya…kutaburkan semula segala kasih yang ada…kusirami hujan di taman bunga yang hampir layu ke pusara..ku semai semula… Namun bahagia tetap tak lama…dia kembali membisu semula..membuat hati menangis duka…Mengapa aku di permain sebegini rupa…aku bukanlah boneka…aku bukan la patung tak bernyawa…aku manusia biasa yang ingin kan kasih seperti insan jua…kasih sesama manusia…cinta dan dicinta..tapi aku tersingkir dalam jerat bahagia…terperangkap dalam tembok duka lara…mengapa…mengapa…terus ku tertanya…dalam jaga dalam lena…hati rasa kecewa…hanya ditemani airmata…. “Terkapar-kapar ku kelemasan…sakit dilambung ombak kerinduan…Didalam tidur didalam jaga…diburu oleh mimpi yang serupa..mengapa aku jadi tidak menentu keranamu…Kumenyusuri jalan berliku…membiarkan hari2 berlalu…tiada salan tiada kesal..memaksa diri untuk melupakan..namun wajahmu bermain diingatan ku..tiap waktu…malam ku suram siang ku kelam..ku kegelisahan mencari-cari kemana pergi harga diri ini..bertanyakan berita merisik khabar mendengar cerita melaluinya kau kuhampiri tiap hari…bersama luka dihati..” Bersiram airmata lagi takkala alunan sayu dihayati…berdosakah aku bila menyintaimu…salahkah aku bila merinduimu…Aku jua tak minta begitu.. Namun aku punya hati yang tak ingin mengalah ..tak ingin berserah dan tak ingin pasrah…kerana bersamamu adalah yang paling indah… 17.05.2005…terlihat aku pada sampul putih diatas meja… aku dekatinya dan jelas terpampang nama ku dengan tulisan bunga… siapa gerangan empunya sampul tertera… Debaran kencang terasa..aku membuka dalam fikiran serba tak kena…tergamam aku seketika pada kad harum berwarna…terasa longlai seluruh jiwa…kelu kaku tak bermaya…Ya Allah!!!Astagafirullahhalazim…Astagafirullalazim… Astagafirullalazim.. Adakah benar apa yang kulihat ini…adakah benar yang kusaksikan ini… Subhanallah..Subhanallah…Subhanallah… itulah kata-kata yang lahir untuk menenangkan hati dari maracau sendiri…Tersedu aku membaca…terpaku aku menghayatinya…Astagafirullahalazim…terkunci mulut dengan tak semena…besarnya dugaan yang menimpa…tak lagi di kira pada pandangan mata-mata rakan sekerja…airmata tetap megalir..bila ditanya ku khabarkan tanda gembira…gembira..terlalu gembira…sedangkan hati didalam terlalu kecewa yang tiada batasnya…mengapa aku dipermain sebegini rupa…terasa diri terlalu alpa dan tak layak berpijak di dunia kerana membiarkan diri disiksa dan dipersenda… Berakhirlah segala episod cinta si laksmana puteri…sampul putih menjadi titik noktah dalam diari ini…cahaya itu bukan milikku lagi…ku biar ia pergi melayari kehidupan barunya bersama si puteri hati… “Masih lagi tidak terlewat untuk aku ucap tahniah diatas kehadirannya menggantikan aku…pastinya oo hidupmu akan lebih bermakna..dan aku usah kau kenang walau kita pernah berkasihan..Maafkan diri ku ini kerna tidak hadirkan diri di sewaktu hari persandinganmu…Apakah kau ingin lihat airmata ini berguguran…puas la hati mu kini permainkan perasaan ku selama ini…Masih terdengar janjimu apa terjadi aku lah pilihanmu..hingga sanggup aku singkir cinta yang lalu..ku anggan kan pelamin indah..untuk kita berdua singgah sayangnya semua musnah..kau buat malamku jadi gerhana dan hidupku tiada maknanya..hanya bernyawa namun tak bermaya..terkadang aku merasa menyesal kerna telah sehabis nyawa aku cinta dirimu oohh kasih akhirnya aku sendiri tersisih..bisa sungguh luka ini walau tak berdarah…” Ya Allah kau tetapkan lah iman ku ini..kau teguhkanlah keyakinan ku untuk meneruskan kehidupan ini…walau hati benar pedih pedih terlalu padih bagai ditusuk duri..ulang dan berulang kali..Dalam darah yang masih mengalir…kau curah racun berisi…namun hati ini kan kubaluti sendiri..dalam tangis meratapi nasib laksamana puteri.. “Dalam kerinduan ini..ku menatap gambar wajahmu diruang kamar..rintihan asmara kau dan aku..kini tinggal memori yang menghiris dikalbu…duhai bayu sampaikan salam pada dirinya..nyatakan betapa kini..perpisahan semua ku redhai…ooo mengapa tangisan dalam kerinduan ini..menjadi kehidupan ku tidak menentu..retak tampak dihampas kaca…ku masih merinduimu walau tidak dijodohkan suratan takdir telah menentukannya..ku masih menyintaimu..hingga keakhir hayat ku..biar ku simpan perasaan ini kasih…izinkan ku membawa diri ku..oo bayu sampaikan salam perpisahan oo dariku…

2 ulasan:

rEdrOsE berkata...

trajedi bagai mimpi..telah p0n berlalu pergi...meninggalkan kehidupan hakiki kini

artdeep berkata...

sungguh ayu wajahmu, lagi ayuu nukilanmu =] ..iklas kataku ini, semoga kamu temui yg dicari..aminn

salam hormat dari johor bahru
adib

Catat Ulasan

 
✿~✿~✿. Template Design By: SkinCorner